Hanya kerana sekeping gambar bayi kembar dan ucapan tahniah kepada Erin Malek, ramai peminat tersalah sangka dan turut berkongsi mengatakan pelakon Erin Malek telah selamat melahirkan bayi kembar.
Namun apabila tuan punya badan ditanya dengan khabar itu, serta merta telah dinafikan dan menjelaskan semua itu hanya salah sangka.
“Saya belum bersalin lagi. Anak dalam kandungan ini lambat lagi keluar,” jelas Erin kepada BH Online menafikan khabar angin tersebut malah gambar bayi kembar yang tersebar itu juga bukanlah gambar darinya.
Sebelum ini, Erin pernah dilanda kontroversi menjalani proses rawatan kesuburan di luar negara untuk mendapatkan anak kembar seperti yang telah tersebar. Bagaimanapun, Erin menafikan dakwaan tersebut sekeras-kerasnya.-rotikaya
ADS HERE !!!