Heboh peminat hiburan tanah air apabila kontroversi pelakon Linda Rafar diceraikan suami tersebar. Namun disebalik gosip itu, Syed Aiman yang juga seorang ahli perniagaan telah menafikanya dengan menjelaskan dia tidak pernah menceraikan isterinya.
Terbaru, setelah suami kepada pelakon itu dikatakan gagal hadir ke mahkamah semalam, Syed Aiman telah tampil menjelaskan perkara sebenar yang telah berlaku antara dia dan isteri sehingga perkara rumahtangga nya tersebar di laman sosial.
“Saya tidak akan ke mahkamah sebab saya tidak pernah lafazkan cerai. Apa juga tanggapan orang di luar sana, saya yakin saya masih waras. Memang tidak dinafikan kami bergaduh, tetapi tidaklah sampai saya buat begitu”
“Saya rasa ini mungkin akibat pembawaan budak. Melihat apa kenyataan yang dikeluarkan Linda memang saya terkejut. Saya fikir dia memang tidak sedar apa yang dia lakukan sehingga menimbulkan kekecohan seperti ini”
“Jujurnya saya masih sayangkan dia dan keluarga kami. Tentunya saya harap perkara ini akan segera selesai,” jelasnya kepada Utusan Online mengenai situasi mereka ketika ini. Syed dan juga Linda telah telah berkahwin pada 2 Disember 2006.
Menurut reaksi peminat Linda Rafar, rata-rata mendoakan yang terbaik untuk selebriti kesayangan mereka ini dan berharap hubungan mereka ini akan segera kembali pulih dan bahagia seperti sebelum ini. -rotikaya
ADS HERE !!!