Baru-baru ini ahli kumpulan lawak Sepahtu, Jep telah ditanyakan sebab sehingga umur sudah mencecah 30 masih belum berumahtangga. Jep menjelaskan bahawa dia ingin memberikan fokus kepada keluarga terlebih dahulu selain masih lagi belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Jep menjelaskan yang teman wanitanya turut memahami apa yang menjadi keutamaannyapasa waktu ini.
“Kawan-kawan sekeliling memang kebanyakkan sudah berkahwin dan mempunyai anak tetapi itu tidak membuatkan saya tertekan untuk segera menamatkan zaman bujang. Buat masa ini saya ingin beri perhatian kepada keluarga terlebih dahulu dan Insya-Allah selepas semuanya stabil baharu saya akan berkahwin”
“Saya ada tanggungjawab dan begitu juga dia (teman wanita). Soal jodoh kami pun tidak berani cakap kerana itu semua kerja Tuhan,” jelasnya kepada mStar Online sambil menyatakan dia belum puas mencurahkan bakti kepada ibu bapanya.
Jep Sepahtu juga melahirkan rasa bersyukur dengan apa yang dimilikinya ketika ini dan menyifatkan sekarang ini adalah waktu yang paling sesuai untuk membahagiakan kedua ibu bapanya terlebih dahulu.-rotikaya
ADS HERE !!!