Siapa yang tidak kenal dengan Dato’ Fazley? Beliau merupakan seorang pelakon, penyanyi dan chef terkemuka di negara kita. Selain itu, beliau juga antara yang berpengalaman dalam rumahtangga. Terbaru, satu cerita yang timbul dimana dikatakan Dato' Fazley mampu untuk selamatkan 100 pasangan yang mahu bercerai gara-gara gagal menyelesaikan masalah rumahtangga yang dihadapi.
Selain itu, beliau turut dipuji kerana kesungguhannya dalam apa jua yang dilakuakan termasuk berjaya menurunkan berat badanya sebanyak 18 kilogram dalam masa sebulan.
Menurut Fazley , kebanyakan dari mereka yang bermasalah telah menghantar mesej peribadi menerusi laman sosial untuk berkongsi masalah dan kemudiannya merujuk hal tersebut kepada pakar motivasi sebelum diberikan sesi kaunseling.
“Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana cara untuk menyelamatkan rumah tangga masing-masing. Alhamdulillah saya sudah selamatkan hampir 100 pasangan daripada bercerai.
“Sebelum memberi nasihat, saya akan merujuk kepada pakar motivasi lain termasuklah mentor saya iaitu Datuk Fadzillah Kamsah.
Menurut analisa yang dibuat terhadap aduan, masalah yang dihadapi pasangan yang ingin bercerai kebanyakkanya berpunca daripada masalah kewangan dan komunikasi. Masalah tersebut memang menjadi point utama jika pasangan tidak lagi saling mencintai.-gosipmalaysia
ADS HERE !!!