Penyanyi Marsha yang juga merupakan kelahiran negeri Sabah telah diajukan banyak soalan apakah respon beliau setelah berita penyanyi Stacy telah selamat memeluk agama Islam. Tidak kurang juga soalan apakah Marsha juga akan memeluk agama Islam nanti kerana sering dikaitankan dengan lelaki Melayu sebelum ini.
Marsha menjelaskan, Stacy pernah meminta pendapat darinya tentang hasrat untuk memeluk Islam.
“Stacy pernah bertanyakan pendapat dan meminta pandangan dari saya mengenai hasratnya untuk memeluk agama Islam. Semua itu berlaku sebelum dia memeluk Islam lagi,” kata Marsha yang ditemui semasa Majlis Tayangan Filem Jwanita.
Marsha juga turut meluahkan rasa gemibiranya apabila Stacy akhirnya telah memilih jalan yang dia mahukan selama ini untuk memeluk Islam dan menganggap itu adalah ketentuan takdir untuk Stacy.
“Saya gembira akhirnya dia telah menemui jalan yang dia mahukan selama ini dan Stacy itu sudah saya anggap seperti adik saya sendiri,” ujarnya.
Selain tiu, Marsha turut menyokong tindakan Stacy mahu merahsiakan perkara seumpama ini kepada umum sekiranya suatu masa nanti dibukakan pintu hatinya untuk memeluk Islam kerana beliau berpendapat perkara itu adalah bersifat peribadi dan sensitif.
“Benda ini sangat personal mungkin akan rahsiakan juga dan akan memberitahu apabila tiba masa yang sepatutnya,” tambahnya.-rotikaya
ADS HERE !!!