Kumpulan Zero terpaksa mengambil keputusan yang agak berat apabila memutuskan untuk membawa ahli keluarganya berpindah ke ibu negara setelah rumah kediaman mereka di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada 15 Jun lalu.
Menurut Sharif Kunal Doli Sharif atau Atu, 22, ibu dan empat adiknya terpaksa berpindah masuk ke rumahnya kediamannya yang terletak di Kota Damansara seminggu lalu.
"Sebelum ini mereka terpaksa tinggal di tempat penempatan sementara yang disediakan kerana kerja-kerja pembaikkan hanya boleh dilakukan selepas Hari Raya.
"Biarpun ibu saya agak keberatan tetapi dia faham perpindahan itu hanyalah sementara dan selepas semuanya kembali seperti sedia kala mereka akan kembali ke Sabah," katanya kepada mStar Online.
Tambah Atu , majlis resepsi perkahwinan abangnya iaitu Syaiful pada Aidilfitri nanti terpaksa ditangguhkan akibat kejadian itu dan hanya akan bernikah sahaja terlebih dahulu.
Katanya, biarpun sedih dengan nasib malang menimpa keluarga mereka dan penduduk kampung lain namun dia menganggap ia sebagai dugaan.
"Kami akan menyambut hari raya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum kembali ke Sabah untuk majlis pernikahan Syaiful di sana," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Zero yang baru sahaja siap penggambaran untuk filem yang bertajuk Lu Mafia Gua Gangster dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan.
Selain itu, Zero juga bakal merancang untuk menjelajah ke enam zon dengan lebih 20 daerah di Sabah untuk bertemu peminat mereka pada awal tahun hadapan.
"Insya Allah jika segala-galanya berjalan lancar awal tahun hadapan kami akan buat persembahan jelajah untuk bertemu peminat di Sabah.
"Selain beramah mesra dengan peminat kami juga akan mengadakan persembahan lawak dan nyanyian," katanya.-mstar
ADS HERE !!!