Baru-baru ini, ramai peminat yang berbalah mengenai status halal haiwan siput Escargot yang dikongsikan oleh pelakon Neelofa di Instagramnya. Menurut Harian Metro baru-baru ini, pelakon dan pengacara itu memebritahu yang dia tidak mengetahu tentang perkara berkenaan.
“Saya jadi terkejut apabila ia menimbulkan perbalahan antara pengikut di Instagram selepas saya memuat naik gambar itu. Saya amat teliti dan menitikberatkan makanan yang saya ambil termasuklah gambar yang mahu dikongsikan kepada umum”
“Kalau saya tahu status halalnya meragukan sudah tentulah saya takkan sentuh pun makanan itu,” katanya mengakui dia memakan siput berkenaan kerana dimaklumkan ia boleh dimakan sejak dia kecil lagi. Dia turut menjelaskan akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak berkaitan.
Semakan yang dilakukan terhadap status siput Escargot di laman web rasmi Fatwa Malaysia, e-Fatwa mengesahkan status Escargot adalah haram dimakan umat Islam.-rotikaya
ADS HERE !!!