Paris Saint-Germain (PSG) yang memerlukan khidmat pemain kebangsaan Argentina, Angel Di Maria sejak tahun lepas bakal direalisasikan apabila kelab gergasi Perancis itu menyatakan kesediaan untuk membayar sebanyak £43 juta kepada Manchester United.
Kelab ini juga akan menjelajah ke Amerika Syarikat pada 29 Julai ini untuk kempen dan juga persediaan pra musim dan berharap dapat membawa Di Maria bersama mereka.
Di Maria yang telah menyertai United dari Real Madrid dengan yuran pemindahan sebanyak £59.7 juta tahun lalu telah memecah rekod pemain Liga Perdana Inggeris .
Walaubagaimanapun, pemain kebangsaan Argentina itu gagal menyerlah seperti yang berlaku ke atas pemain kebangssan Colombia, Radamel Falcao yang kini turut berhijrah ke kelab yang telah menjuarai Liga PErdana Inggeris musim 2014/15 iaitu Chelsea
Menurut laporan, Di Maria dijangka akan melaporkan diri kepada United selepas tamat cuti bersama Marcos Rojosetelah mereka terlibat membantu Argentina menduduki tempat kedua dalam saingan Copa America baru-baru ini.
Walaupun ingin cuba semula membantu United pada musim depan namun, pemain berkenaan dilaporkan semakin hampir dijual kepada PSG yang inginkan khidmatnya sejak tahun lalu.-mstar