Mawi menjelaskan pengalaman ketika berpeluang menjejakkan kaki di bumi Palestin dan juga Israel pada Mei lalu. Beliau memberitahu berada di sana adalah sangat jauh berbeza daripada apa yang dikhabarkan dan digambarkan oleh media dan akhbar sebelum ini.
“Kita biasa dengar tentang bahaya dan bermacam lagi cerita mengenai keadaan di dua negara ini tetapi apabila saya sampai di sana, ia sebenarnya berbeza dengan apa yang sering digambarkan. Apa yang boleh saya katakan, temnpat-tempat tersebut suasananya harmoni dan persekitarannya bersih”
“Bayangkan, Tel Aviv suasananya seperti di Singapura, bersih. Kami masuk ke negara tersebut melalui Jordan. Saya bersama 10 kru saya dan selebihnya adalah ahli rombongan yang hendak pergi bercuti.
“Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma, setibanya kami di sempadan Tel Aviv, kami menjalani pemeriksaan ketat dan ditahan lebih kurang tiga jam. Kami dimaklumkan kerana masalah pasport sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan,” jelas Mawi kepada Malaysian Digest.Selain itu, Mawi juga sempat mengunjungi beberapa tempat penting seperti masjid Al-Aqsa, masjid Buraq selain turut terserempak dengan remaja yang membawa senjata (pemandangan biasa penduduk di sana) ketika berkunjung ke pasar malam di sana sehingga membuatkan dia meremang bulu roma.-rotikaya
ADS HERE !!!