Manchester City yang sebelum ini menunjukkan minat terhadap pemain muda kelab gergasi Liga Perdana Inggeris telah mengesahkan menandatangani pemain Liverpool, Raheem Sterling dengan nilai perpindahan sebanyak £49 juta (RM291.48 juta).
Pembelian yang dibuat Man City terhadapa Sterling itu secara tidak langsung telah menamatkan spekulasi berhubung tawaran sejak beberapa bulan lalu.
Dengan menandatangani kontrak selama empat tahun, Sterling bakal meraih gaji sebanyak £180,000 (RM1.07 juta) seminggu.
"Ia merupakan perasaan yang baik dan ia merupakan saat yang paling menggembirakan buat saya dan keluarga," kata Sterling kepada laman web rasmi kelab itu, www.mcfc.co.uk.
"Saya gembira semuanya telah selesai dan saya tidak sabar untuk turun padang berlatih.
"Perkara yang paling membuatkan saya teruja ialah mempunyai skuad bertaraf dunia dan mengetahui kami mempunyai pasukan yang berupaya memperoleh kemenangan tahun ini.
"Lebih banyak pemain berkualiti di sekeliling anda, lebih banyak kualiti dapat ditonjolkan dalam diri anda, jadi saya tidak sabar untuk bermula dan bermain bersama mereka," kata Sterling.-mstar
ADS HERE !!!