Pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lalu bakal meluangkan masa untuk bercuti dan berbulan madu tidak lama lagi. Walaupun destinasi belum diketahui, Hanis sempat memberitahu yang dia sangat teruja dengan percutian tersebut.
.
“Saya menghitung hari untuk ke destinasi berbulan madu kami ini hampir setiap hari. Pada mulanya, suami merahsiakan destinasi kami. Tapi akhirnya dia beritahu juga bagi memudahkan saya membuat persiapan ke tempat itu”
“Bagaimanapun, maaf, saya tidak dapat berkongsi lokasi destinasi kami buat sementara waktu ini,” kata Hanis yang sah menjadi isteri kepada pelakon Hairul Azreen pada 5 Jun lalu kepada Utusan Malaysia.
Tambah Hanis, dia dan suami juga tidak sabar untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat selain untuk memenuhi impian orang tuanya yang mahukan cucu pertama dengan secepat yang mungkin. Sebelum ini pun, ibunya sendiri pernah mengesyaki dirinya sedang hamil pada bulan puasa lalu pasa hal ia cuma kesan dari sakit demam.
“Walhal sebenarnya pada waktu itu, saya demam. Bukan sebab hamil seperti tanggapan mama. Yang mencuit hati saya apabila mama bertanyakan berita kehamilan saya itu beberapa kali. Mungkin mama mahu kepastian dari mulut saya sendiri,” katannya.-rotikaya
ADS HERE !!!