Linda Rafar sebelum ini pernah memfailkan penceraian terhadap suaminya telah membuat kenyataan dan mengesahkan mereka kini sedang dalam proses untuk kembali rujuk demi cinta yang masih utuh selain masih sayangkan suami dan juga anak-anak,
“Ya, kami dalam proses untuk rujuk. Saya akan hentikan kes itu dalam masa terdekat ini.Saya akui, fasa itu bermula kerana sedang mengandung. Itulah yang memberikan kesan sehingga saya melakukan perkara yang mengarut. Wanita mengandung. Biasalah memang akan cepat sensitif”
“Buat masa ini, saya dan Syed akan berbincang semula mengenai kehidupan kami. Kami juga akan berbincang dengan pihak keluarga untuk langkah seterusnya demi mengukuhkan kembali ikatan kekeluargaan ini,” jelas Linda kepada Utusan Malaysia.
Linda menjelaskan dirinya terlalu mengikut perasaan ketika mengandung sehingga tercetusnya kontroversi ini selain merasa malu dengan tindakan terburu-burunya itu. Beliau juga menjelaskan ingin menjadi isteri yang paling lengkap untuk suami dan mengimpikan sebuah keluarga yang sempurna. Linda menambha, perasan sayang yang masih kuat pada suaminya juga membuat kan dirinya ingin kembali bersatu dengan suami.
“Kami kembali ini juga kerana Syed masih sayangkan saya dan anak-anak. Saya akui, sikap tidak matang saya membuatkan saya cepat membuat keputusan yang terburu-buru. Perkahwinan sangat suci. Bagi saya perkahwinan itu sangat naif dan kita yang perlu mencorak dan membentuknya”
“Kami berdua pernah gagal dalam perkahwinan pertama. Perkara itu memberikan kami banyak pengajaran. Takut lagi untuk hadapi semua itu. Tapi, saya bersyukur kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya sendiri perlu bersangka baik jika diuji perkara sebegini. Doakan kami ya,” katanya.-rotikaya
ADS HERE !!!