Pelakon Azwan Kombos sebelum ini dikatakan single setelah hubungan cintanya dengan Nad Zainal putus ditengah jalan dan situasi ini telah memberikan banyak kelebihan buat dirinya dalam mendampingi mana-mana wanita yang disukainya.
Terbaru, Azwan Kombos dikhabarkan sering keluar bersama dengan Ezzaty Abdullah sehinggakan tersebarnya gosip dimana mereka berdua dikatak mempunyai hubungan istimewa. Tetap Azwan dengan pantas menepis dan menafikan gosip tersebut selain memberitahu hubungan mereka berdua adalah hanya sekadar kawan biasa namun masih mengakui sangat serasi berkawan dengan pelakon cantik itu.
“Saya tak nafikan cerita kami dilihat keluar berdua. Memang ada masa kami keluar berdua bila masing-masing ada masa free. Saya selesa berkawan dengannya sebab kami sekepala.
“Ramai yang ingat kami bercinta sebab sering nampak berdua. Sebenarnya tidak… saya dan Ezzaty berkawan rapat sahaja,”
Selain Azwan, Ezzaty sendiri turut mengakui selesa berkawan dengan Azwan Kombos dan menyifatkan lelaki tersebut seorang yang sangat baik dan jujur.-gosipmalaysia
ADS HERE !!!