Sebelum ini timbul cerita apabila pelakon Almy Nadia dikritik dan ada sesetengah peminat mengutuknya disebabkan mempunyai bentuk badan yang agak gemuk dan berisi. Namun begitu Almy nampaknya tidak kisah dengan perkara tersebut kerana beliau sedang menyusukan bayi pertamanya Nur Afriana Ariana hasil perkongsian hidup dengan pelakon Fizz Fairuz.
Beliau juga memberithau yang dia sengaja membiarkan bentuk badannya kelihatan gempal kerana ingin memberikan khasiat yang terbaik untuk anaknya meskipun berat badannya meningkat naik.Ini komen Almy:-
Saya tak kisah gemuk untuk sementara waktu demi anak. Tak ada masalah. Orang nak bercakap…biarlah. Badan saya pun pernah berisi sebelum ini dan saya dicaci. Kemudian, bila saya kurus, saya dipuja. Sekarang saya berisi balik. Tunggulah saya kurus semula.
Saya nak diet sekarang pun tak boleh sangat kerana sedang menyusukan anak. Saya tak boleh makan ubat dan jamu sebarangan. Mahu atau tidak, memang saya kena makan dan perlukan khasiat yang banyak untuk anak. Jadi pejamkanlah mata buat seketika untuk pastikan anak saya sihat.
Tambah
Almy lagi, beliau sekarang tengah telah gigih berusaha untuk menurunkan berat badan sehigga 50 kilogram hanya kerana inginkan bentuk tubuh badan seperti sebelum ini kerana mengakui dia tidak merasa selesa dengan keadaan dirinya ketika ini walaupun suami tercinta Fizz Fairuz tidak begitu kisah dengan perubahannya itu.-beautifulnara
ADS HERE !!!