Penyanyi Avril Lavigne yang dulunya popular dengan lagu-lagu rancak kini bakal jadi penerbit filem setelah sekian lama senyap dalam bidang nyanyian.
Avril baru-baru ini memberitahu yang dia pernah bercita-cita ingin menjadi seorang penerbit filem dan impian itu bakal direalsasikan tidak lama lagi.
Majalah US melaporkan, Avril, 30, bakal menerbitkan filem-filem genre seram, komedi termasuk bertemakan sambutan hari Krismas. Malah dia turut memberitahu yang dia juga teringin berlakon dalam karya terbitannya itu nanti.
"Saya mahu jadi penerbit filem dan berlakon di dalamnya!," katanya.
Bagaimanapun kata Avril, dia tetap akan mengutamakan bidang nyanyian dan kalau diizinkan dia ingin melihat perkembangan bidang seninya berkembang juga seiring dengan bidang nyanyian.
Avril yang pernah berkahwin dengan pemuzik Chad Kroeger turut memberitahu dia ingin berpindah ke Itali kerana menganggap negara itu sesuai dengannya.
"Saya berasa bebas dan gembira di Itali. Malah idea saya untuk menulis skrip dan lirik cukup banyak ketika berada di sana," katanya.-mstar
ADS HERE !!!