Penyanyi terkenal Hafiz Suip baru-baru ini mendedahkan yang beliau sebenarnya telah lama berkecimpung dalam dunia 'dubbing' atau alih suara. Yang lebih menarik, suara beliau sebelum ini telah pun digunakan untuk filem animasi antarabangsa.
Antara filem animasi yang pernah menggunakan khidmat Hafiz termasuk "Garfield", "Ben 10", "The Smurft" dan yang paling baru, Hafiz Suip bakal kembali dengan projek alih suara terbarunya iaitu "How To Train Your Dragon 2" dimana beliau akan membawa watak utama iaitu Hiccup.
"Sebelum ini saya pernah terlibat dengan beberapa projek 'dubbing' ini seperti "Garfield", "Ben 10" dan "The Smurf", namun untuk "How To Train Your Dragon 2" ini berbeza dari filem-filem yang pernah saya alih suara kerana watak Hiccup dalam filem animasi ini memerlukan saya sedikit serius berbanding terdahulu yang lebih kepada komedi," ujarnya.
Yuii Chan, Sasha Saidin & Hafiz Suip
Pada masa yang sama, Hafiz juga mengakui proses membuat alih suara ini agak sukar dan mencabar berbanding dengan menyanyi atau berlakon.
"Bagi saya alih suara ini agak mencabar kerana dialog-dialog perlu mempunyai kesinambungan dengan yang asal selain perlu bermain dengan intonasi suara dan emosi bagi menghayati karakter tersebut.
"Berbeza dengan lakonan yang mempunyai 'rakan sparing' untuk menjayakan sesuatu babak tersebut, namun untuk alih suara ini kita perlu mempunyai imaginasi yang tinggi untuk menjayakan babak tersebut."
Selain Hafiz, Sasha Saidin dan juga Yuii Chan turut terlibat dalam proses alih suara "How To Train Your Dragon 2".
Filem animasi terbaru "How To Train Your Dragon 2" ini bakal menemui peminat filem animasi tempatan di pawagam dalam versi Bahasa Malaysia pada Hari Raya kedua bersamaan 18 Julai 2015 di saluran FOX Movie Premium.-tupai
ADS HERE !!!