Pasangan yang sebelum ini pernah mencipta kontroversi suatu masa dulu kini sudah pun masuk empat tahun meraikan sambutan hari raya Aidilfitri namun Wawa Zainal memberitahu yang dia tidak pernah balik beraya di kampung halamannya iaitu Sabah pada hari pertama raya kerana sering beraya di kampung suami.
Wawa Zainal berkata, beliau juga terpaksa melupakan hasrat untuk balik beraya di Sabah pada tahun ini disebabkan dia kini sedang sarat mengandung lapan bulan namun kesedihan itu bakal terubat apabila ibu bapa dan juga adik beradik beliau bakal turun ke Rengit, Johor untuk berhari raya bersama.
“Selama empat tahun itu juga saya tidak dapat balik raya. Ada balik tetapi bukan masa raya. Sepanjang raya memang tidak dapat balik. Aeril memang mahu ke Sabah cuma tiada kesempatan. Bagaimanapun, ibu bapa dan adik-adik selalu datang sini. Tahun ini, keluarga saya akan ikut sekali balik ke kampung Aeril di Johor,” ujar Wawa Zainal.
Aeril Zafrel yang juga merupakan suami kepada Wawa turut memritahu dan mengesahkan yang mereka bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada 25 Ogos nanti.
“Alhamdulillah, tahun ini kami dikurniakan anak perempuan. Persediaan sama seperti sebelum ini. Baju dan biskut raya semua beli, malah rendang juga kami upah orang masak. Insya-Allah, pada hari raya kedua kami balik kampung saya di Rengit, Johor,” katanya lagi. -rotikaya
ADS HERE !!!