Pelakon Datin Paduka Eina Azman memberithau yang dia mempunyai sebab tersendiri ekoran pendedahannya berhubung dengan seorang pereka fesyen yang didakwa telah menipu serta berhutang dengannya di laman sosial Instagram.
Eina dalam laman sosial Instagram miliknya telah memuat naik kapsyen perbualannya dengan designer berkenaan. Selain itu, Eina juga memberitahu tahap kesabarannya juga ada batasnya namun dia tidak menyangka pereka fesyen yang dikenalinya itu sanggup berbuat demikian.
"Saya sengaja mendedahkan perbualan kami kerana saya sudah tidak tahan lagi dengan sikap pereka fesyen ini. Tapi tak perlulah saya dedahkan siapa dia.
"Dia telah berhutang dengan saya sejak April lalu tetapi sehingga kini tidak lagi membayarnya walaupun sudah berjanji akan berbuat demikian beberapa bulan lalu.
"Saya tidak berniat untuk membuka aibnya tetapi saya memuat naik posting itu supaya ianya memberi pengajaran kepada orang lain agar jangan mudah mempercayai orang dengan sewenang-wenangnya.
"Saya tak sangka pada awalnya dia siap merayu kerana amat memerlukan wang untuk membayar sewa kedainya tetapi bila tiba masanya untuk bayar hutang dia menghilangkan diri," jelas Eina Azman.-murai.com.my
Menurut Eina Azman apa yang membuatkan dia lebih kecewa ialah pereka fesyen tersebut sampai ke hari ini dia masih tidak menjelaskan hutangnya tetapi dengan senang lenangnya telah menaja pakaian untuk ramai artis lain.
"Dia menghilangkan diri dengan tidak membayar hutang saya tetapi di akaun Instagramnya pula aktif memuat naik gambar dia menaja baju artis sana sini.
“Jumlah yang dipinjam itu tidak banyak tetapi caranya itu membuatkan saya geram apatah lagi dia sengaja jadikan pembantu peribadi saya seperti peminta sedekah,” jelasnya lagi.
Tindakannya itu telah membuatkan ramai peminat dan pengikutnya di Instagram mula meneka beberapa nama pereka fesyen namun Eina Azman sehingga kini tidak mendedahkan namanya kerana tidak mahu membuka aib perkea tersebut.-murai
ADS HERE !!!