Nampaknya bukan sahaja peminat yang prihatin tetapi Rita Rudaini juga turut prihatin dengan kejadian yang berlaku antara Nora Danish dan bekas isteri Nedim dimana mereka berdua sebelum ini telah berbalas sindiran di media sosial.
Kepantasan Miss Kepoh mengesan komen yang telah ditinggalkan oleh Rita Rudaini yang didakwa menyindir Nora Danish dalam media sosial telah berjaya dimuatnaik. Melalui caption gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram Miss Kepoh itu, Rita didakwa menyindir Nora selain sempat memberikan kata-kata semangat kepada bekas isteri Nedim.
Selain itu, terdapat juga komen-komen yang menceritakan kembali apa yang berlaku sebelum ini, juga melibatkan Rita. Adakah episod ini akan bersambung, tidaklah kami dapat pastikan. Tapi tidak mustahil untuk semuanya kembali berbaik jika ada persengketaan, bukan?-rotikaya
ADS HERE !!!