Bukan senang untuk mencari bekas pasangan suami isteri yang bersefahaman dan tidak bergaduh demi kepentingan anak-anak. Itulah kisah yang berlaku antara Dynas Mokhtar dan bekas suaminya. Kerjasama yang ditunjukkan oleh bekas pasangan suami isteri ini bagaikan tidak ada yang pernah berlaku antara mereka walaupun hakikatnya mereka kini sudah sah bercerai.
Tanggungjawab yang dipikul ketika masih bersama dahulu tetap sama dan mereka juga masing-masing memahami anak-anak. Walaupun sudah bercerai, mereka masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak. Kata Dynas:-
Saya lihat anak sudah faham apa yang terjadi walaupun kadang-kadang pelbagai soalan lucu yang ditanyakan oleh Khyra. Perpisahan saya dengan bekas suami terjadi sewaktu mereka kecil lagi, jadi tiada banyak perkara yang perlu saya jelaskan kepada mereka. Bagi saya apa yang berlaku ada hikmahnya namun hubungan mereka dengan bapanya masih baik sehingga kini dan tiada masalah untuknya berjumpa.
Namun kami jarang keluar bersama melainkan itu adalah permintaan anak. Ini kerana saya tidak mahu anak-anak keliru sekiranya satu hari nanti kami salah seorang mendirikan rumah tangga. Jika sudah mendirikan rumah tangga sudah pasti kena menjaga hati pasangan masing-masing dan bolehkan pasangan barunya menerima kehadiran kami jika keluar makan bersama.
Situasi ini mungkin tidak berlaku sekarang kerana masing-masing masih belum berpunya. Tetapi tidak mustahil satu hari nanti salah seorang sudah bertemu jodoh pasti perkara ini akan terjadi. Saya sentiasa berdoa bahawa masing-masing mendapat pasangan yang boleh menerima seadanya kerana jika keluar makan dan meraikan ulang tahun bersama semuanya dilakukan demi anak-anak
Tahniah diucapkan kepada Dynas dan bekas suami yang berfikiran jauh demi masa depan anak-anak. Diharapkan sikap ini akan menjadi contoh terbaik kepada ibu bapa di luar sana yang berdepan dengan masalah yang pernah dilalui oleh mereka iaitu penceraian.-beautifulnara
ADS HERE !!!