Nur Fazura menjelaskan dia juga lebih selesa menyendiri dalam pelbagi aspek kerana pelakon ini percaya bahawa perkara tersebut dapat menggembirakan hatinya. Beliau menjelaskan isu luahan hatinya dalam majalah Scion keluaran Negara jiran, Brunei.
“Saya sangat bersemangat untuk berseorangan. Pelik, bukan? Sepanjang hidup saya, saya mempunyai seorang teman lelaki tetapi sekarang saya lebih seronok berseorangan, makan salad atau apa sahaja makanan yang saya mahu, duduk di rumah, pergi mendapatkan urutan”
“Saya kini hanya bergantung kepada diri sendiri untuk mencari kegembiraan dan saya merasakan perkara tersebut sangat hebat,” katanya di dalam majalah tersebut.
Majalah tersebut juga telah berjaya mencungkil sikap dan tabiat Fazura yang tidak diketahui ramai termasuk membasuh tangannya lebih 50 kali dalam sehari. Selain itu, dan juga ketika melakukan senaman yoga, Fazura juga mempunyai tabiat pelik ketika melakukan senaman yoga iaitu beliau akan sentiasa membetulkan tanpa henti tikar yoga yang digunakannya itu agar sentiasa kelihatan sempurna.-rotikaya
ADS HERE !!!