Pelakon kegilaan ramai wanita yang berasal dari Singapura,
Aaron Aziz nampaknya telah meluahkan rasa mulai bosan dan muak dengan setiap watak yang dilakonankannya dalam setiap drama malah dalam filem kerana sering diberikan tanggungjawab melakonkan watak yang lebih kurang sama.
“Sejak mula terbabit dalam industri hiburan, jalan ceritanya lebih kurang sama dan boleh diagak. Begitu juga fenomena karya yang diadaptasikan dariapda novel, jalan ceritanya tidak ada beza”
“Jadi permainan watak dilihat agak terhad sehingga menjadikan karakter dibawa seolah-olah sama,” jelas Aaron yang kini sedang mencari naskhah berbeza bagi menambah kepelbagaian di dalam lakonannya kepada Berita Harian.
Tamabah
Aaron Aziz, dia teringin sekali melakonkan watak bapa dalam drama ataupun filem kerana ia lain dari watak yang pernah dipegangnya sebelum ini selain mencabar diri untuk melakonkan watak seorang bapa. Aaron turut menjelaskan akan terus menerima sebarang tawaran untuk drama atau filem jika watak yang diberikan watak bapa.-rotikaya