Uqasha Senrose yang sebelum ini pernah dilanda pelbagai kontroversi telah mengeluarkan kenyataan mengenai ada sesetengah wartawan yang lebih suka menulis kisah peribadinya berbanding cerita perjalanan kariernya sebagai artis. Terbaru, beliau dengan rasa rendah diri memohon maaf atas kenyataannya sebelum ini serta salah faham yang berlaku.
“Saya minta maaf kepada media. Sebagai manusia biasa ditambah lagi dengan usia yang masih mentah saya tidak terlepas melakukan kesilapan. Saya terima setiap teguran dengan hati terbuka dan melihat secara positif. Kalau mereka tidak tegur mungkin sampai bila-bila pun saya tidak sedar”
“Apa yang berlaku ini saya jadikan pengajaran untuk jadi lebih baik pada masa akan datang,” jelasnya kepada Harian Metro. Menurut laporan akhbar tersebut, Uqasha sebelum ini dikatakan sering menepis setiap soalan sebelum ditemubual.
Semoga dengan permohonan maaf Uqasha Senrose pada kali ini akan menjadi pengajaran pada diri sendiri malah untuk artis lain juga. Kerana jika tersalah langkah, pasti akan berlaku sesuatu yang bakal merosakkan kerier seni seseorang artis itu seperti yang berlaku pada artis-artsi sebelum ini. -rotikaya
ADS HERE !!!