Pelakon jelita Anzalna Nasir memberithau dia terpaksa menolak kesemua tawaran berlakon sejak setahun lalu disebabkan dia pada masa itu mempunyai komitmen yang banyak kepada sesi penggambaran drama bersiri terbaru iaitu Memori Cinta Suraya terbitan Global Station Sdn Bhd.
Biarpun dia terpaksa melepaskan beberapa peluang baik Anzalna tetap redha kerana dia tidak mahu bersikap tamak kerana ia cuma akan menimbulkan pelbagai masalah kepada pihak dan akhirnya akan merugikan diri sendiri.
"Alhamdulillah rezeki itu memang tidak putus-putus tetapi malangnya saya terpaksa menolak secara baik kerana perlu memberikan komitmen kepada Memori Cinta Suraya yang sudah pun menjalani penggambaran selama setahun.
"Tetapi tidak mengapa itu mungkin bukan rezeki saya dan akan ada yang lain selepas ini," katanya kepada mStar Online.
Dalam drama bersiri Memori Cinta Suraya itu, Anzalna telah digandingkannya dengan seorang aktor yang berasal dari kota Singa iaitu Hisyam Hamid dimana drama tersebut mempunyai 149 episod dan dijangka akan ditayangkan pada Ogos depan.
Tambah Anzalna, dia sangat bersyukur kerana berpeluang berkerjasama dengan barisan pelakon dan kru produksi yang bekerja sebagai sebuah keluarga besar tanpa sebarang masalah.
Beliau juga menluahkan rasa gembira kerana walaupun tempoh penggambaran di set agak lama, beliau langsung tidak terasa walaupun penat sedikti malah dia sentiasa ternanti-nanti untuk memasuki set penggambaran dan berjumpa dengan keluarga besar Memori Cinta Suraya.
"Alhamdulillah, segalanya dalam keadaan baik. Saya bimbang juga akan berlaku sebarang 'drama' kerana kami berada di set sudah setahun.
"Harap-harap keadaan itu akan kekal begitu sehingga tamat penggambaran pada November depan," katanya.
Anzalna juga menyifatkan bergandingan dengan aktor yang lebih senior seperti Hisyam yang kini sudah mencecah 30 tahun itu sebagai profesional dan menghormati orang lain.
"Dengan Hisyam tiada apa perlu saya bimbangkan kerana dia sangat profesional dan kami juga saling menjaga hubungan agar tidak berlaku sebarang perbalahan.
"Pendek kata, saya tidak bersedia untuk meninggalkan set apabila ia tamat nanti kerana kami semua benar-benar seperti keluarga," ujarnya.-mstar