Semalam, Melodi telah melaporkan satu cerita yang kurang menyenangkan apabila pasangan Leez Rosli dan Aepul ( Drama Band ) yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada tahun lepas ini terpaksa menghadapi berita sedih apabila kandungan yang dibawa oleh Leez Rosli keguguran. Dan pada masa yang sama, suaminya, Aepul (Drama Band) telah menyatakan keredhaannya terhadap kejadian tersebut.
“Kami tak rancang. Saya pun tidak sedar tengah mengandung dan buat aktiviti harian seperti biasa tapi tidaklah sampai jatuh. Bila check dengan doktor, doktor kata memang tidak ada harapan,” jelas Leez kepada Melodi.
Aepul yang masih terasa dengan kehilangan bakal cahaya mata menyatakan yang dia tetap redha dengan perkara tersebut walaupun ia perkara yang sangat menyedihkan apataha lagi isterinya. Walaubagaimana pun, dia tidak akan berputus asa untuk terus mencuba untuk mendapatkan zuriat lagi selepas ini.
“Nak ikut masa awal-awal tahu yang Leez mengandung, memang happy tapi bila doktor kata dah keguguran, kami redha. Kita tak akan putus asa. Kena ‘kerja’ lebih kuat lagi,” katanya berseloroh selain turut mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada peminat.-rotikaya
ADS HERE !!!