Noor Kartini Noor Mohamed, 46, merupakan peragawati yang dikatakan memiliki kecantikan luar biasa dan menjadi buah mulut masyarakat, terutama di Pasir Mas, Kelantan, satu ketika dulu. Ini kerana walaupun beliau sudah mencecah umur 32 tahun pada ketika itu masih lagi menjadi rembutan agensi model.
Selain itu, selama lima tahun aktif sebagai peragawati yang juga ibu kepada 10 cahaya mata, beliau turut menjadi penghias kulit muka depan majalah wanita terkemuka tempatan.
Legasi kecantikan dimiliki Kartini turut diwarisi anaknya, Noor Neelofa Mohd Noor, 28, atau lebih mesra disapa Lofa yang kini boleh dikatakan sudah berjaya dalam bidang yang telah diceburi termasuk bidang perniagaan selain model dan pelakon, malah jika dilihat gambar pada waktu muda, ternyata wajah dua beranak ini tidak banyak berbeza.
Kartini berkata, dia mensyukuri segala kelebihan yang diberikan Allah kepadanya serta keluarga dan ia diwarisi turun-temurun.
“Saya tidak pernah berasakan diri cantik, namun apabila orang memuji, saya bersyukur. Maklumlah, kalau hendak kata cantik, ada di kalangan ahli keluarga lain mahupun saudara-mara juga tidak kurang cantiknya. Bagaimanapun, kata orang, kecantikan itu subjektif dan orang luar yang menilainya,” katanya kepada Akhbar Metro.-mattopi
ADS HERE !!!