Nad Zainal yang sebelum ini telah dilanda kontroversi apabila hubungannya dengan seorang pelakon, Azwan Kambos putus ditengah jalan. Sehubungan dengan kontroversi itu, Nad telah memberitahu dia telah meletakkan harapan yang tidak terlalu tinggi dalam perhubungan cinta bersama kekasih hati, Faliq walaupun telah merancang untuk menamtkan zaman bujangnya tahun depan.
“Memang saya sudah lama bersedia untuk berumah tangga. Namun saya sering gagal sebelum ini. Justeru, saya sangat berharap semua pihak mendiakan hubungan kami ke jinjang pelamin. Saya juga berharap nama juga akan bersih daripada segala kontroversi selepas berkahwin nanti”
“Buat masa ini, kami masih belum menetapkan tarikh untuk berkahwin kerana masih dalam perancangan lagi. Insya-Allah, jika berjalan lancar, mungkin ia akan berlangsung pada tahun depan,” jelasnya kepada Harian Metro.
Sebagai peminat, kami doakan emoga apa yang dirancang oleh Nad, Faliq dan juga keluarga akan dipermudahkan. -rotikaya
ADS HERE !!!