Pelakon popular yang berasal dari Kota Singa, Keith Foo sebelum ini pernah berkongsi gambar kekasihnya kepada umum telah menimbulkan kontroversi apabila beliau mengaku telah pun berkahwin dengan Kim Raymond pada tahun lalu namun perkahwinan itu tidak dihebahkan kepada umum.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh BH Online, perkara tersebut telah didedahkan sendiri oleh Keith di dalam sebuah majalah fesyen. Menurut cerita yang sedang bertiup kencang di media sosial, pasangan itu bakal diraikan dalam satu majlis yang akan diadakan di Gemas, Negeri Sembilan pada penghujung tahun ini.
“Ya, kami sudah kahwin. Tetapi tiada majlis. Kami hanya daftarkan perkahwinan sahaja, semuanya dilakukan tahun lalu,” jelasnya kepada majalah tersebut. Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan jawapan yang keluar daripada mulut empunya badan masih lagi tidak berjawab.
Apa yang menjadi tanda tanya terutama sekali kepada peminat pelakon tersebut adalah mengapa status hubungan pasanagn itu dirahsiakan dan tidak di ketahui umum? Adakah ia disengajakan atau pun sebaliknya untuk meraih perhatian peminat? Apa yang pasti Keith mempunyai alasan tersendiri kenapa status hubungan dengan Kim dirahsiakan -rotikaya
ADS HERE !!!