Kini segalanya telah berubah apabila ramai peminat mendoakan Ariz dan Zulin bahagia bersama dan cepat disatukan sedangkan sebelum ini kecoh hiburan tanah air apabila ada peminat yang sanggup menuduh Zulin Aziz telah menggunakan bomoh untuk memenangi hati Ariz Forteen.
“Bayangkan daripada tak suka, benci dan mengecam kemudian kami disuruh kahwin. Bukankah seputar 360 darjah terbaliknya? Kalau nak tahu, setiap video atau gambar yang kami muat naik dalam laman sosial, pasti akan ada perkataan kahwin itu di ruangan komen”
“Saya dan Ariz jadi hairan macam mana mereka boleh berubah fikiran pula sedangkan awal-awal dulu bukan main mengecam kami berkawan,” kata Zulin kepada Utusan Malaysia sambil menyatakan dia menerima ‘restu’ peminat itu kini kerana menganggap lebih baik daripada menerima kecaman negatif.
Namun semua itu hanyalah andaian dan pendapat dari peminat semata-mata kerana Ariz menjelaskan bahawa mereka berdua memang rapat dan selalu bersama tetapi itu kerana mereka berkawan rapat tetap bukan sebagai pasangan kekasih.-rotikaya
ADS HERE !!!