Chacha Maembong yang sebelum ini menjadi bahan cemuhan oleh segelintir peminat mahupun masyarakat kerana tidak melalui alam persekolahan seperti orang lain. Keadaan itu membuatkan beliau bersa malu untuk bergaul dengan rakan-rakan sebayanya terutama rakan yang baru dikenalinya.
“Sebenarnya Chacha juga malu dan rendah diri apabila duduk dengan rakan-rakan yang kebanyakannya bersekolah. Ada juga yang perli-perli dan kata macam-macam hingga membuatkan saya sedih. Setiap kali perkara itu berlaku pasti saya akan rasa down”
“Mereka semua tidak tahu hidup saya dan kenapa saya tidak bersekolah. Kakak saya Yaya dan Emma banyak beri sokongan supaya saya tidak terlalu sedih. Mereka suruh saya masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan sahaja.
“Pada saya kebijakkan antara belajar secara home school dengan si sekolah sama sahaja tiada beza pun,” jelasnya kepada mStar Online.
Namun disebalik cemuhan itu, Chacha sebenarnya bukanlah tidak pernah belajar langsung tetapi beliau telah mengambil inisiatif sendiri untuk belajar secara persendirian sekali gus telah berjaya mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika berusia 17 tahun.-rotikaya
ADS HERE !!!