Walaupun kini telah bergelar pelakon, Mia Sara atau lebih dikenali dengan Mia sebagai panggilan manja meluahkan rasa sangat bersyukur kerana mampu mencari rezeki sendiri walaupun dalam usia yang begitu muda. Selain itu, belia juga sangat berterima kasih atas sokongan dan dorongan dari piha keluarganya selain dari peminat-peminat diluar sana.
“Mia pun tidak sangka pada usia kecil-kecil ini, Mia sudah dapat pergi ke sana sini disebabkan berlakon. Paling seronok pengalaman Mia berlakon dalam drama komedi Strawberi dan Karipap apabila dapat ke Australia. Jangan pula ingat, apabila Mia dapat pergi ke sana sini itu, Mia ni dah berlagak pula dengan orang lain”
“Mia rasa bersyukur sahaja dan mungkin ini rezeki Mia,” katanya kepada Sinar Harian selain menjelaskan dia tidak bimbang dengan kehadiran pelakon kanak-kanak dan menyifatkan perkara tersebut tidak mmendatangkan masalah kepadanya.
“Mia ok sahaja sebab kalau ada ramai pelakon baru, lagi banyak kawan Mia. Mia juga tidak merasakan kehadiran mereka itu satu persaingan bagi Mia,” jelasnya.
Menurut Mia, ketika berada di awal musim persekolahan, dia mengakui sering diejek rakan-rakan kerana berlakon namun lama-kelamaan dia menganggap perkara tersebut hanya sebagai gurauan.-rotikaya
ADS HERE !!!