Pelakon baru yang kini popular dengan drama Asam Pedas Untuk Dia,
Dayana Roza mengakui tidak selesa menggunakan khidmat pembantu peribadi yang mengurus segala aktiviti sehariannya.
Dayana atau nama sebenarnya
Nur Dayana Kamsun Baharin, 24, sebelum ini pernah menggunakan khidmat pembantu peribadi tetapi atas nasihat dan desakan keluarga yang bimbang akan keselamatannya.
"Saya tidak menyambung kontrak pengurus peribadi saya yang sudah berakhir bulan ini kerana saya ingin bebas melakukan tugas tersebut sendiri.
"Kalau ikutkan memang saya tidak suka ada pembantu yang ikut ke mana sahaja saya pergi, namun ibu saya seorang yang terlalu risau dengan keselamatan saya dan mahu saya ditemani," ujarnya kepada mStar Online.
Dayana berkata, ibunya mengupah pengurus peribadi supaya mudah untuk mengesan dan memantau pergerakkannya ketika keluar dari rumah.
"Saya tinggal bersama keluarga dan selalunya kalau keluar rumah dan penggambaran sampai tengah malam ibu saya akan telefon banyak kali kerana dia bimbang.
"Jika ada pembantu, dia senang untuk kesan dan hubungi saya. Saya anggap pembantu peribadi itu seperti spy mak saya sahaja," ujarnya.
Walaubagaiman pun,
Dayana mengakui segala aktiviti yang melibatkan pengurusan adalah lebih mudah dan teratur dengan menggunakan khidmat pembantu peribadi.-mstar