Sebelum ini timbul gosip mengatakan Sharnaaz Ahmad kini sedang bercinta dengan seorang pelakon yang dikenali sebagai Anis Al Idrus damun baru-baru ini beliau memberitahu kini dirinya sudah kembali single.
Sharnaaz Ahmad juga turut menjelaskan bahawa hubungannya dengan pelakon Anis Al Idrus kini terputus lima bulan lalu namun beliau turut enggan menjelaskan punca dan sebab perpisahan mereka.
“Hubungan kami sudah lama terputus iaitu sejak lima bulan lalu. Malah ketika kami sama-sama menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) April lalu, hubungan kami bagai retak menanti belah”
“Keputusan untuk berpisah ini kami buat bersama-sama. Tak perlulah nak didedahkan apakah puncanya Cuma apa yang boleh dikatakan hubungan ini memang tidak dapat diteruskan,” katanya kepada BH Online.
Selain itu, Sharnaaz Ahmad pelakon memberitahu bahawa dia kini hanya ingin fokus kepada bidang perniagaan dan turut menafikan perpisahan tersebut membuatkan dirinya sedih, sebaliknya Sharnaaz mendedahkan dia mempunyai target sendiri sebelum umurnya menjangkau 30 tahun.
“Saya tak rasa apapun. Apa yang penting sekarang ini saya mahu fokus dalam bisnes. Saya mahu menjadi jutawan sebelum usia saya 30 tahun,"-rotikaya
ADS HERE !!!