Sebelum berumahtangga pelakon kontroversi, Sharifah Shakinah pernah dikecam sesetengah peminatnya kerana suka memuatnaik foto yang agak menjolok mata namun semua itu bukanlah penghalang bagi Sakinah untuk terus memuatnaik gambar yang agak kontroversi.
Terbaru, Sharifah Sakinah sekali lagi dikecam peminatnya apabila memuatnaik foto kontroversi di laman Instagram miliknya. Dalam gambar tersebut menunjukkan beliau tengah bercium dengan suaminya.
Terdapat segelintir peminat menyifatkan tindakan Sakinah itu sebagai mengaibkan diri sendiri kerana gambar bercium mulut adalah sesuatu yang tidak perlu dipamerkan kepada orang ramai mahupun peminat. Namun seperti biasa terdapat juga sebahagian peminat yang menyokong tindakan pelakon itu kerana menyifatkan itu tindakan berani lagi pun pasanagn itu sudah sah bergelar suami isteri dari sisi agama mahu pun undang-undang.
Sebelum ini, isu yang sama turut berlaku kepada pasangan Johan dan isterinya, Ozlynn ketika anugerah ABPBH tahun ini kalau tak silap. Johan telah encium isterinya ketika menerima anugerah sekali gus telah mewujudkan perbalahan antara dua pihakdi laman sosial.
Faham sangat perangai prihatin peminat yang sayangkan artis pujaan mereka. Apa pun, pastinya Shakinah mempunyai jawapan dan sebab tersendiri memuat naik gambar tersebut. Semoga hubungan pasangan manis secocok ini kekal bahagia hinggah ke akhir hayat.-mirroworld
ADS HERE !!!